Aktiviti Pertubuhan Pribumi Perkasa

Pilihan raya kecil Hulu Selangor

Selepas pilihan raya di konstituensi Hulu Selangor, Selangor, bancian menunjukkan bahawa Barisan Nasional telah menang atas majoriti undian Melayu dan India, dan bahawa kebanyakan orang Cina telah mengundi parti pembangkang. Lantaran itu, Ibrahim Ali telah menuduh masyarakat Cina di Hulu Selangor "tidak mengenang budi" serta menyaran kerajaan untuk menarik balik alokasi untuk orang Cina kerana tidak menyokong Barisan Nasional. Pernyataan ini telah ditentang kuat oleh banyak parti dan juga oleh Perdana Menteri Najib.[13]

Bantahan cadangan pengeluaran lesen judi Piala Dunia

Melalui surat bantahan rasmi yang dikeluarkan oleh Naib Presiden Perkasa, Prof Madya Dr Asyraf Wajdi Dasuki, Perkasa telah mengemukakan bantahan rasmi terhadap cadangan pengeluaran lesen judi sempena pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 dengan alasan, ia membelakangi nilai dan akhlak selain kebanyakan agama telah melarang dan mengharamkan aktiviti berjudi dikalangan penganutnya .

Wee Meng Chee

Demonstrasi oleh Perkasa yang diketuai Arman Azha Abu Hanifah[14]

Pada 30 September 2010, Wee Meng Chee merancang melancarkan album pertamnaya di New Era College. Tunjuk perasaan anjuran Perkasa yang membabitkan 50 orang dan diketuai oleh Arman Azha Abu Hanifah telah menunjuk perasaan di depan kolej terbabit untuk menentang beliau.[14]. Perkasa turut 'mengisytiharkan' perang terhadap penyanyi rap tersebut selepas album sulungnya dilancarkan, mengumumkan bahawa mereka bersedia untuk mengekori ke mana saja beliau mengadakan siri jelajah dan persembahannya selepas ini.[15]